Seorang pelajar sekolah maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Lebuh Bertam Perdana, Kepala Batas pada Isnin.<br /><br />Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke kedai runcit di kawasan itu sebelum terlibat dalam kemalangan.
